Jom Klik Sekali

Sunday, March 14, 2010

MATTA FAIR & PAMERAN PENGANTIN 2010

13.3.2010 ke PWTC with luvly sis RINA untuk ape lagi kalau bukan menambahkan pengunjung kat MATTA FAIR & PAMERAN PEGANTIN 2010. Well memang dah jangka la rakyat malaysia akan membanjiri PWTC tu. Paling payah nak cari parking gila payah aku tengok sampai tepi jalan orang parking kereta tapi bila parking tepi jalan macam biasa pak cik misai panjang dengan uniform putih menjalankan tugas. Aku rasa The Mall dengan Hentian Putra memang kaya dengan duit parking 3 hari ni. Tapi yang ramai memang bangsa cina. Kalau nak tengok bangsa aku ni adalah dalam 30 % je kot. Lagipun al-maklum la sekarang nikan tengah bulan. Mana ade duit banyak-banyak nak bawak family gi jalan-jalan. Ha masuk Matta Fair dengan tiket yang boleh di dapati di kaunter berharga RM3.00 dapat lah beg dengan voucher spa RM 100. Beg tu gunanye untuk korang letak segala jenis iklan-iklan travel ejen. Fuh! memang sangat offer untuk melancong kat dalam Malaysia atau pun luar Malaysia contoh ke Beijing, Korea, Jepun, London, Gold Coast banyak lagi. Cuma kene pilih tawaran yang terbaik je. Kalau korang nak gi Genting Highlands pun murah nak cakap ape lagi. Tak cukup murah lagi ke???? Tapi memang penat arr nak gi survey pakej tu. Aku masuk je Hall 2 dah mula tak larat dah. Tapi ku gagahi jua walaupun sebenarnye aku just nak survey je huhuhu... Lepas dah rasa penat gila jalan kat Matta Fair gi kat pesta kahwin plak. Agak suram jugak tak seramai kat Matta Fair. Juz relax je jalan aku banyak survey kad kahwin walaupun akan dijangka kahwin 3 ke 4 tahun lagi. Survey je la nak sedapkan hati ni. Banyak jugak kad kahwin yg murah masa promotion ni. Aku tak survey pakej andaman dan photographer sebab yang tu aku rasa macam dah ade je calon-calonnya. So dalam jam 4.00 aku melangkah keluar dari PWTC kerana maggi saya sudah kembang. Hihihi dah ponek jalan la apo laei... Kesimpulannye korang yang nak kawin tak lama lagi boleh la tinjau-tinjau pakej kat sane siap boleh cari tiket honeymoon lagi. Aku pulang dengan hanya membawa iklan-iklan travel ejen
huhuhu buat kenangan kot ahaks
!

(gambar ni tak de kene mengene dengan entry ni pun)

1 comment:

  1. cenderamata perkahwinan di http://cendera-mata.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers