Jom Klik Sekali

Friday, April 1, 2011

dari cerita makanan eksotik sampai.....

assalamualaikum and haluuu (gaya fara fauzana)

salam jumaat semua, duk aku tengah pikir ape topik best nak update blog ni tetiba teringat lak time lunch tadi. bersama office mate kak mar , aizan and kak engku tukar-tukar topik dari cerita makanan eksotik sampailah cerita seram + cerita gangguan makhluk halus. al-maklum bila dah start cerita kongsi-kongsi pengalaman jadi lah panjang lebar. masing-masing kongsi cerita korang pernah dengar di negara luar otak BERUK boleh pun boleh jadi bahan makanan. Yakss!!! aku tak tahu la cam ne perasan orang yang memakan OTAK beruk dan BERUK tersebut masih lagi hidup sesetengahnya. kalau akulah maun muntah belillah (ckp org N9) bak kata mak ngah aku! pada aku dah elok-elok Allah bagi kita makanan yang elok apo lak nak di buwek makan OTAK beruk atoiyai! walaupun menurut diorang yang suka makanan eksotik ni macam-macam khasiat yang mereka dapat daripada makan benda tu. aku rasa BERUK kat negara tu pun takutlah nak hidup kat sane. agaknya kalau beruk tu ada duit maun dia datang negara kita yang aman sentosa ni (insyaAllah).

Tetiba cam ne tah pastu termasuk lak cerita binatang liar yang suka masuk rumah dalam bab ni kak mar lebih banyak mendengar cerita. then aku, kak engku and aizan banyak kongsi cerita. kak engku dengan ULAR tikus yang selalu masuk rumahnya tapi tak ganggu pun ahli keluarganya sebab ular tu nak cari tikus je. aizan pulak musang yang suka berlari atas siling rumah dia cari makan. cerita aku plak pernah tido dengan ular SAWA masa kat kampung tapi dah lama gila lah cerita tu.masa tu uwan dengan atuk ade lagi. kesimpulannya binatang ni agaknya habitat dia dah makin kurang sebab tu lah dia tumpang lalu kat rumah kita kan.

Bab paling seram of coz lah cerita HANTUkan. walaupun kadang-kadang kami rasa semacam je kat opis ni tapi still jugak balik lambat. sebab benda ni tak kacau kami pun kan. best jugak kongsi cerita hantu ni. Kak engku kongsi cerita macma mana dia pernah tengok Ustaz mengIslamkan JIN. saya masih ingat nama JIN tu RAHIM nama islamnya. Kak Mar kongsi cerita masa duk hostel budak kene Histeria sampai ustaz pun terpelanting kene sepak Dashyatttt!!! (gaya nazmi raja lawak. Aku menceritakan pengalaman kakak lini dan pengalaman aku sakit macam-macam dukun cakap masa aku tengah sakit dulu. tapi semua kuasa Allah jugakkan. wah panjang lebar bercerita. tapi sekali sekala berkongsi cerita memang best boleh tambah ilmukan. tak boleh lah nak buat full story kat entry ni kan kang maun sama panjang dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. ok chow!!!aku tak zohor lagi ni astagfirullahalazi'm!!!

2 comments:

  1. saya la kak mar dlm cte di atas ... glamour akak ... seronok kan berstory mory tengah ari time makan ... tambah ari jumaat ... masa lunch panjang .. lagi panjang berjela bercerita ... :) lunch hour yg sarat dengan cerita2 ...

    ReplyDelete
  2. yup best kongsi2 cerita :) nanti story mory lagi :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers