Jom Klik Sekali

Thursday, June 9, 2011

j.o.d.o.h

Hai...topik kali ni jodoh. Suatu masa dulu aku pernah frust tertonggeng, terbalik, terjunam, terjun bangunan semua pun adalah. Tak boleh terima kenyataan nok! Tapi tu dulu, hangpa semua pernah dengar ayat ni tak , “Mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut”. Ha tu deh...korang paham tak makno maksud ayat ni? atau nak aku tukarkan dalam bahasa arab lak. tapi tak perlu rasanya. Rasanya pembaca-pembaca sekalian belajar bahasa melayukan. Hadirin sekalian, ingin saya TEGASKAN di sini apabila kita terjumpa atau tercinta terkasih tersayang dengan seseorang itu tidaklah bermakna dia akan menjadi MILIK KAMU seandainya bukan itu JODOH kamu. Walaupun ambil masa untuk terima kenyataan akan hal ini tetapi mungkin ada hikmah kenapa hal ini berlaku. Back to basic ok kawan-kawan berserah pada Allah kerana Dia lebih tahu tentang segalanya. Kenangan memang sukar untuk dihapuskan jika kita ingin hidup dengan kenangan tidak bermaknalah hidup kita. Kita perlu mencari sinar hidup baru dan berdoa supaya kita bertemu dengan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Macam saya sekarang yang bahagia dengan kekasih saya (^_^) merangkap suami saya. Mungkin ada hikmah kenapa sebelum ni saya tergolek terbalik dengan CINTA lama tapi Dia lah suami yang sanggup bersama tika susah dan senang kami. Kepada yang pembaca-pembaca yang pernah atau tengah tertongeng terbaring terjunam dari bercinta berhenti menuding jari kepada orang lain. Bangkitlah dari alam fana cintamu dan Life Must Go On Babe! Buktikan Yang Kau BOLEH!!!! sekian timo kasih baco blog acik....

4 comments:

  1. ese goma lah rancangan acik ni.. ni siaran langsung ko? Buleh tuju lagu?? hhehehe

    ReplyDelete
  2. acik buwek rancangan ikut suko ati acik yo dik!!!

    ReplyDelete
  3. buleh la pasni post kat youtube rancangan "ikut suko acik"

    ReplyDelete
  4. ha boleh2 tak do hal do ado kamera???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers