Jom Klik Sekali

Thursday, September 8, 2011

alhamdulillah




ape kene mengene gambar ni dengan entry aku? ni namanye ikut suko aku nak lotak gamba apo pun.... nak update sikit pasal penyakit iGa aku. semalam appointment dengan doc bacaan protein dalam urin dah kembali normal macam korang yang normal-normal tu. dulu masa sakit bacaan protein aku sampai paras 9 tapi sekarang dah normal iaitu 0.6. syukur alhamdulillah berkat doa semua orang tersayang akhirnya berjaya jugak protein turun. then kimoterapi pun dah stop sebab bacaan protein dah turun. pasni tak delah gi hospital setiap bulan. next appointment lagi 3 bulan harap-harap protein aku takkan naik dan maintain je sampai akhir hayatku. walaupun doc cakap risiko penyakit aku sangat tinggi. tapi ape yang penting aku sentiasa berdoa agar aku sihat dan terus sihat serta tak nak susahkan husband dan parents aku lagi jaga aku macam dulu. sedih kesian diorang jaga aku siang malam tak cukup tidur. mama sampai tekanan darah jadi rendah sebab tak cukup tidur. incek husband sampai tiga bulan tak kerja jaga aku. syukur dapat suami yang sanggup menjaga aku siang malam tak kenal erti jemu. apakan daya masa tu kudrat aku tak ada langsung yang aku tau panggil mama, panggil cayang, panggil ayah, panggil adik, panggil pak cik bila nak apa-apa. sedih-sedih. kepada korang ingatlah ketika kita sihat ni jangan sesekali alpa dengan Allah kerana kenikmatan yang kita rasai tidak selalunya panjang kerana bila-bila masa Allah boleh tarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers