Jom Klik Sekali

Friday, September 23, 2011

perselisihan faham

ok dah lamo acik tak buwek segmen membebel acik ni. isu eh kali ni bondo yg selalu terjadi antara kito dengan kawan-kawan baik...family...sedara maro...bos dengan anak buah banyak laeilah. bilo jadi perselisihan faham ni mulolah ui nyampah amek nak nengok muka polan si polan. kadang-kadang bondo eh kocik yo tapi tak hondak dibawak bincang elok-elok tu yang jadi masam muko sampai berhari-hari kadang sampai bertahun kadang tu hari rayo dah mintak maaf lopeh tigo jam masam muko balik. apo mulo eh lak? ok bagi orang islam yer kita ni jangan tidak bertegur sapa lebih 3 hari sobab eh ha Mana-mana umat islam yang tidak bertegur sapa akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis maka diberi keampunan pada kedua-dua bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa. Maka dikatakan kepada pintu syurga tolaklah kedua-dua itu sehinggalah mereka berdamai. baiklah pembaco yg budiman acik sendiri mendapat keinsafan pasal tak bertegur sapa. tapi kito ni manusio biaso yang tak lari dari buwek kesilapan. ini semuo panduan kepado kito yang lomah ni. kepada suami isteri pun macam tu jugak tak payah lah nak merajuk lamo-lamo buwek rugi yo. acik pun lopeh ni tak nak merajuk lamo-lamo dah. anyway hadis ni acik main google yo jumpe blog http://adawiyahrahman.blogspot.com/ jadi acik pun salin dan taip. ilmu baik ni elok kongsi ok!

2 comments:

  1. http://miss-desiree.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. jom join GA blog

    http://biscuitmerry.blogspot.com/2011/09/amadkhirs-first-giveaway.html

    nnt tagged org lain jgk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers