Jom Klik Sekali

Tuesday, May 8, 2012

Tragis Penang Trip #1

Assalamualaikum/salam sejahtera

mak cik -mak cik dan pak cik-pak cik sekalian. lamo tak bercerabih (membebel) dalam blog yg wujud sojak tahun 2009 tapi follower baru 39 orang yo sila gelakkan acik. hujung bulan april yang lopeh acik bersama incek husband telah pun buat lawatan sambil belajar ke Penang. Memang best bilo ke tompek orang tanpa merancang ke manokah halo tuju bilo dah sampai sana. Acik ke sana dengan belon paneh tanpa booking hotel dan sedikit info yang acik baca di blog2, tanya pada kawan-kawan dan cousin yg menaja tiket pergi balik acik. Incek husband taja diri sendiri. Berlepas pada jam 6.15 potang dari LCCT dan tiba di International Airport Bayan Lopeh jam 7.15 malam. Ini adolah percutian kami yang kedua setelah berkahwin. Dengan mood yang gembira dan bersyukur kerana selamat sampai di Penang kami terus menunaikan solat Maghrib di airport sebelum berfikir arah tuju seterusnya. Di airport macam biaso mesti ado surau di Balai Ketibaan/Berlepas.


now everyone can fly

pak cik-pak cik yang tidur dengan nyenyak


pandangan dari atas
Selesai solat Maghrib acik dan incek husband bercadang nak menaiki bas ke Pusat Bandar sebelum tu kito amik brosur2 dan peta yg free sebagai panduan sebagai pelancong. baru nak ke pintu keluar acik teringat kamera tak do dalam tangan dengan mengelabah tanpa menghiraukan pandangan orang kiri kanan acik pecut 100 meter ke surau tempat kami solat tadi untuk cari kamera. Kosan eh kamera ado yo dengan selamat di dalam bag pack acik. yang tak do adolah bondo yang lobih ponting "PURSEEE" acik tolah dirompak!Ya Allah selawat banyak-banyak ingatkan balik kat mano lotak purse tapi confirm tolah dirompak ketika acik berada di surau. Apo laeii meleleh air mato mengenangkan acik tolah di rompak. Acik terus ke balai polis airport utk bertanyo kok ado yang mulangkan. tapi memang takk arr diorang nak pulang. Baru sampai tompek orang kot. Dalam purse acik tu tak lah banyak bona cash money buwek jorih (penat) yo orang tu merompak acik. tapi mengenangkan semua dokumen ponting dalam tu. dengan tersedu-sedu acik pun carik bas untuk teruskan perjalanan ke pusat bandar atau pun KOMTAR dengan tambang RM2.70/org. Sampai di KOMTAR dalam jam 9.30 mlm benda pertama yang kami pikir? jom makannnnnn. lapaqq dah ni.turun je bas nampak SUBWAY tapi kami terus ke KFC incek husband nak makan nasi. Menikmati KFC padahal kat Negeri Sembilan pun melambak dengan mood BLURRR pikirkan tempat tinggal.

kali terakhir bersama purse
Selesai makan kami pusing bangunan-bangunan yang berdekatan KOMTAR carik budget hotel. tak payah nak mahal-mahal bona nak tidur ngan mandi yo. sotolah berpeluh pusing-pusing tanya amoi, apek, ah soo jumpa Old Budget Penang dengan harga RM95 semalam oklah tu kan? wahhhhh rest and relaxx kerana nak kumpulkan mood melancong balik! mulakan jelajah penang Penang #2. nantiiiiiii....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers