Jom Klik Sekali

Friday, August 10, 2012

selepas 3 bulan

Assalamualaikum/ salam sejahtera
mak ai duo bulan acik tidak membebel. bz tekau!! ko ingat orang kojo gomen ni duduk goyang kaki yo ko? alhamdulillah akhir eh walaupun berhadapan dengan timbunan kertas yang banyak atas meja acik masih boleh menaip khas utk korang. sodar tak sodar hari ni kito tolah pun masuk 21 Ramadhan 1433H sekali acik panjatkan kesyukuran kita masih di pinjamkan nafas oleh Allah untuk terus beribadah dan meningkat amalan di bulan yg mulia ini. Marilah kita berdoa supaya Allah terus panjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Kat sini acik nak kongsikan sedikit info kepada kaum wanita berkenaan Haid yg info ni acik snap maso dalam surau kat opis acik berkojo.  
maaf sobab acik tak snap semua eh

Ini adolah berkaitan dengan wanita yang mungkin ado keraguan waktu bilo dah boleh start puaso bilo dah bonti darah haid. harap acik boleh membantu sedikit sebanyak. Selain daripada gambar yang acik snap ni ingin acik sampaikan jugak. Kepada Ibu-ibu yg sedang mengandung dan juga ibu-ibu yg sedang menyusukan anak sama termasuklah ibu susuan boleh berbuka puasa JIKA memudarat baby dalam kandungan dan baby yg sedang disusuinya pun (ala2 johan). Dan juga kepada pesakit-pesakit juga boleh berbuka JIKA ia memudaratkan kesihatan dan nyawa. tetapi perlulah di Qada kembali bila mampu nanti. wokeh. itu saja yang acik nak shared serba sedikit ilmu yg acik ado. Acik ni insan yg cetek jua ilmunya jika ada tersalah pohon perbetulkan :)

akhir kata : Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

( Kitab Fath al-Bari)

 Selamat beribadah di bulan yang mulia ini

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers