Jom Klik Sekali

Thursday, December 27, 2012

KAU sedang di UJI

Assalamualaikum & salam sejahtera
Nak cerito sikit isu rumahtangga?Acik paham yang acik baru yo setahun jagung bergelar isteri!Masih panjang perjalanan dan masih banyak ujian yang perlu acik tempuh. Mungkin ado orang cakap " cik emon kau tak layak nak bercerito hal rumahtangga ok" tetttt!! (tangan di dada mata ke atas). Never mind kalau ado orang koba acik macam tu. Cuma acik kesian dekat sesetengah rumahtangga yang mana si isteri mengatakan suami eh tidak bertanggungjawab dan si suami pulak sebaliknya. Serius acik kesian dan acik teringin nak bantu. Tapi apokan dayo mak cik pak cik sekalian acik ni orang luar yang mampu mendengar dan selebihnya kita sendiri yang berusaha dan memohon pada Allah supaya diberi petunjuk dan jalan penyelesaian. Yang paling ponting jangan sesekali membuka aib kita sendiri dan juga aib suami kita pada orang. Ingat jika kita menjaga aib orang, Allah pasti akan menjaga aib kita.Paham!!!

credit to fb : KitaCumaHAmba
      Acik rasa nak marah jika sesetengah suami lupa akan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Tapi para isteri ingatkan akan ganjaran yang bakal kito terimo atas segala kesabaran yang kita tempuh. Satu lagi ingatlah bahawa " Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. Come on kita semua mmg sedang di uji ikut kemampuan kita. Jangan salahkan Allah atas semua ujian hidup yang kito lalui. Pasti ado hikmah di sebalik ujian. Bertaubat, berdoa, berusaha dan bertawakal wahai mak cik, pak cik, adik-adikku dan rakan-rakanku sekalian. Acik jua mampu utk berdoa supaya "KAU" dibori petunjuk oleh-Nya.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.” USTAZ PAHROL.

Satu lagi pesanan acik sebelum kito menuding jari pada suami kito adakah sudah cukup baik layanan yang kito bori pada suami kita. Adakah kita jua  tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab kito sebagai seorang isteri? Jika kita masih lagi mencanangkan isu rumahtangga di facebook atau pun pada rakan-rakan. Serta masih lagi memaki hamun di facebook mahupun kawan-kawan itu masih belum cukup baik yo mak cik. Renungkan kembali cara kita sebelum kita suruh mereka yang lain merenung diri mereka.Samo jugaklah dongan yang sodang mengarang ni ha'!
Jom baca sikit apa yang dinasihatkan oleh Uztaz Pahrol ketika menghadapi ujian :

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
dipetik dari blog ustaz pahrol.

Sesungguhnya acik menangis bila KAU menceritakan hal itu dan acik berdoa agar KAU tabah menghadapi ujian KAU ni. Acik percaya ado hikmah ujian ini diberi pada KAU. Kito masih muda dan jauh lagi perjalanan hidup. Acik Sayang KAU.In Shaa Allah ...



credit to fb : KitaCumaHamba


4 comments:

  1. kite sume sedang diuji. lain org lain ujiannye.. boto la kato acik,, kembali pada Dia then ingat.. kite masih ade orang yg sayang.. so seek strength from them.. U are not alone tekau.. :)

    ReplyDelete
  2. wah acik...ala-ala ostajah jemputan khas katenyer....tapi atok setoju dengan kupasan acik tu...ado baiknya...yang ponting kono yakin dn tawakal mo Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor kok ado komen dari atok..acik baru nak pasan ha'. itu gayanye bilo acik start membebel!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers