Jom Klik Sekali

Wednesday, January 15, 2014

Pengumuman Kedua Selepas We Chat!

Menjelang minggu ke-10 kehamilan, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik ini disebabkan oleh hormon-hormon dalam badan.
Pada penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 2.3sm. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna.

Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

Sekiranya anda belum lagi berjumpa dengan pakar obstetrik/ginekologi, anda perlu membuat rancangan untuk pemeriksaan antenatal, dan kami mempunyai panduan lengkap tentang ujian-ujian antenatal. Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu, anda mungkin mahu mempertimbangkan ujian sampel vilus korion (CVS), satu ujian antenatal yang lazimnya dijalankan antara minggu ke-10 dan ke-12 kehamilan, untuk menyaring kecacatan dan keabnormalan semasa lahir.


Sumber : Baby Center

Asslamualaikum...

Alhamdulillah akhirnya masa yang ditunggu oleh acik dan incek husband telah tiba! Kini acik bakal bergelar mommy u ols! anyway apa-apa pun acik masih tahap berjaga-jaga. Disebabkan history abortion sebanyak 2 kali. Doa dari kalian amat acik perlukan supaya berjaya bergelar mommy after 9 months. Acik masih tak berani nak travel jauh-jauh kalau ikutkan hati nak balik Negeri Sembilan. Buat masa ni acik tidak punya sebarang mabuk. cuma banyak rasa nak makan. Uwaaa nak satay porut pilah dengan cendawan busut! Ini angkara adik acik yg post gamba cendawan busut kat instagram dio! Owh maybe bukan orang Negeri Sembilan x kenal cendawan busut. U ols boleh google yer! Now acik baru je preggy 9 week sangat baru lagi. Tapi pinggang acik goma bona lenguh-lenguh. Nasiblah nurse koba itu normal. Maklumlah fobia dengan pinggang lenguh sebab dah dua kali abortionkan. Orite stop dulu nanti kalau rajin acik update lagi yer. hik..hik..hik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers