Fuhh..fuhh..fuh..sambil tiup monitor yang dah berhabuk dek lamo bona tak update blog. Sojak berpindah ke Terengganu ni ado sedikit perasaan malas untuk update blog di sobabkan atas alasan-alasan tertontu. Memang ado perasaan nak update blog dengan resipi-resipi yang acik cubo di bulan ROMADHON ni tapi tulah kekangan keadaan dan maso yang tak mengizinkan jadi acik pun menyimpanlah hasrat untuk update blog sehinggolah ari ni ado kerajinan sikit nak update blog. Wah serius kata ko karangan di bulan PUASO ni. Macam mano aktiviti bulan ramadhon ni rajin tak agak eh ke masjid buat terawih berjemaah atau terawih di rumah yo. Semoga untuk beberapa hari yo laei ramadhan yang ado ni dapek lah kito terus istiqamah seterusnya meraikannya pada 1 Syawal nanti amin. Dengan perasaan yang melonjak-lonjak kerena akan pulang ke Noghori Sembilan dalam masa dua hari lagi untuk bertemu insan-insan tersayang mama, ayah, adik-adik, anak-anak buah, saudara mara dan kawan-kawan semoga semuo anak perantau macam acik ni Selamat Sampai Ke Kampung Halaman dan meraikannya bersama insan-insan tercinta. Tips balik kampung dari acik :-
- Pastikan kenderaan anda dalam condition yang baik make sure kenderaan telah di servis.
- Tayar kereta pastikan tidak botak.
- Pastikan rumah di tinggalkan dalam keadaan selamat, bagitau jiran-jiran yang tidak pulang ke kampung yang anda tidak berada di rumah berapa lama. Suruh diorang tinjau-tinjau sikit.
- Pastikan kepala gas telah di tutup atau di cabut dan pastikan juga plug-plug barang elektrik telah switch off kecuali POTI AIS.
- Jika semua solosai PASTIKAN juga korang melakukan solat sunat musafir dan mohon PERLINDUNGAN dari ALLAH supaya kita sampai dengan selamat ke Kampung Halaman yahooo!!!
Selamat Hari Raya Dari Acik dan Incek Husband yang bakal drive 8 Jam hehehe |
No comments:
Post a Comment