Menjelang minggu ke-10 kehamilan, anda mungkin merasakan yang anda
sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena
dan pada masa lain merasa amat gembira.
Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap
mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan
berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik ini disebabkan oleh
hormon-hormon dalam badan.
Pada penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 2.3sm. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan.
Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari
kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di
siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun
sempurna.
Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound,
alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang
dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang
kritikal.
Sekiranya anda belum lagi berjumpa dengan pakar
obstetrik/ginekologi, anda perlu membuat rancangan untuk pemeriksaan
antenatal, dan kami mempunyai panduan lengkap tentang ujian-ujian antenatal.
Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah
keluarga yang mempunyai penyakit tertentu, anda mungkin mahu
mempertimbangkan ujian sampel vilus korion (CVS), satu ujian antenatal yang lazimnya dijalankan antara minggu ke-10 dan ke-12 kehamilan, untuk menyaring kecacatan dan keabnormalan semasa lahir.
No comments:
Post a Comment