Jom Klik Sekali

Monday, July 13, 2009

H.A.N.C.U.R


Kenapa di katakan hancur???

Kita semua tak nak hidup kita hancurkan? tapi kadang-kadang kita yang pilih cara hidup yang salah dan membawa kepada kehancuran. Kecewa dengan kehancuran yang dah melanda beberapa perkara dalam hidup aku. Aku bukan tuhan untuk membuat hidupku, keluargaku, kekasihku, sahabatku dan musuhku hidup dalam keindahan bagaikan dalam syurga. Mungkin orang tertanya kenapa aku cakap macam ni dan mungkin korang jugak tak pahamkan. Tiada siapa yang akan faham diriku. Riak wajahku tak mengambarkan aku ni punya sejarah hitam yang tak dapat aku perbetulkan lagi. Aku jugak pernah pilih untuk hidup dalam kehancuran. Aku menyesal dengan cara hidupku itu tapi semua telah terjadi. Tapi sekarang aku telah cuba untuk perbetulkan kehidupan aku yang lalu walaupun masa lalu tidak dapat diulang.

Baru-baru ini aku terkejut dengan beberapa berita yang membuatkan orang-orang yang aku sayangi dalam dunia ini kecewa. Aku mungkin tak mampu nak perbetulkan keadaan tapi aku kecewa dengan sikap orang aku juga sayangi kerana memilih jalan hidup yang salah dan membawa kepada kehancuran. Aku berdoa dan terus berdoa supaya aku dan orang-orang yang aku sayangi diberi hidayah dan memulakan sesuatu yang baru dalam hidup kami...


i Luv my family

I luv My Younger Brother

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers