Jom Klik Sekali

Tuesday, September 1, 2009

Seminggu Ramadhan

Wawawawa sedar tak sedar kita dah masuk seminggu berpuasa sekarang ni masa terlampau cepat berlalu. Well itu meningatkan aku dan jugak korang semua bahawa kita semakin tua. Anyway last weekend aku balik ke kampung kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku balik balik bersama dengan cousin aku Nurul and Boyfriend dia. Naik tren sampai Seremban. Sebenarnye masa on the way dari Bandar Tasik Selatan dah bincang sempat ke buka kat kampungkan sebab risau jalan sesak. Faham-faham je la musim cuti hari tu. Mesti ramai yang nak balik kampung. So kami sampai kat Seremban dalam jam 5.00 petang. Tengok jam macam awal lagi so beli la juadah bukan kat belakang terminal kami pun beli ayam percik, kuih samosa dengan badak berendam sampai kat bas pukul 5.30 ptg dah tu bas tak gerak lagi aku bajet bas ni mesti gerak pukul 6.00 petang tapi jangkaan aku salah bas gerak kul 5.45 ptg. Aku ni punya lah dah lama tak naik bas hahaha mana la tau yang skang ni kene beli tiket kat kuanterkan. Rupa-rupanya sekarang ni kalau naik bas kene beli tiket kat kaunter dulu baru boleh naik bas. So sesape org Noghori nak balik kampung jangan lupa beli tiket kat kaunter yer kalau tak beli kat kaunter confirm kene halau dengan pak cik driver bas. Kitorang tak sempat berbuka kat rumah sebab jalan memang sesak terutama kat Bukit Putus bas gerak slow gila. Well balik kampung kali ni adalah sebab suadara mara aku akan balik keesokan harinya sure suasana berbuka puasa jadi bertambah meriah kalau ramai-ramaikan. Tapi aku plak sebenarnya nak jumpa dua orang anak buah aku yang aku tak sempat-sempat jumpak sejak diorang ni lahir. So juadah berbuka hari tu memang sangat banyak tapi aku hanya makan murtabak paling popular kat Kuala Pilah mmg best dia x macam kat murtabak kat sini banyak bawang. Sodap sungguh la... memang meriah sebab kitorang dah lama tak jumpa satu family yang besarkan. Rindunya suasana macam tu. Kalau dulu masa kecik-keik confirm dah main mercun lagi tambah meriah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers