Jom Klik Sekali

Thursday, September 3, 2009

Tak Sabar Nak Raya

Halluuu allzz...aku tak tau la siapa je yang baca blog aku ni may be kawan-kawan lama je yang baca kot. Korang sedar tak yang kita ada lagi 3 kali Sabtu je lagi. Kalau tengok pada kalendar memang macam lambat lagi tapikan sekarang masa pantas berlalu. Aku rasa seminggu sekejap je dah abis sekarang ni pun dah nak masuk 2 minggu puasa kalau korang sedar lah. Weee aku dah tak sabar nak raya tahun ni. Aku pun tak tahu kenapa aku macam excited sikit tahun ni nak raya. Rasa macam zaman aku kecik-kecik plak. Ingat tak masa budak-budak dulu kalau raya sangat meriah dengan duit raya pas main bunga api ye lah masa tu mercun belum haram lagi kat Malaysia ni. Sekarang je dah haram so korang janganlah nak main mercun. Aku dulu memang tomboy sikit so main mercun aku tak takut langsung. Cakap pasal nak raya setakat ni aku dah beli 5 jenis kuih tunjuk untuk mak aku. Baju raya belum beli lagi so aku planning weekend ni nak shopping la dengan adik aku. Korang punya persiapan macam mana? Semoga raya tahun meriah la macam tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun ni tahun ke dua aku raya tanpa atok. Hari tue teringat atok masa jaga aku masa kecil sedih plak rasa bila ingat balik atok layan ragam aku ni. Aku memang banyak ragam tapi akulah cucu kesayangan dia. Kadang-kadang bila orang dah tak de baru kita sedar atau hargai ape yang dia dah buat untuk kita. Mungkin tak semua ahli keluarga aku sependapat dengan aku tapi bagi aku atok tetap layan aku dengan baik sampai sehari aku jumpa dia sebelum dia pergi menghadap ilahi. Al-fatihah untuk arwah atok aku. Okey lah waktu rehat kat office aku pun nak habis nanti aku cerita lagi. Salam ramdhan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers