Jom Klik Sekali

Monday, September 28, 2009

1 Syawal 1430

Pagi tu cool babe di kampungku..raya tahun ni my dad putuskan raya kat kg dia Jelebu N9. Pagi tu aku bangun dalam kul 7.00 pagi wawawa malas gila nak mandi sebab sejuk biasa la kalau kat kampung..aku bangun adik aku yg kecik tu kejutkan setelah aku tertidur lena atas katil uwan aku.Biasa la malam raya tu aku kepenatan sebab buat lemang berpuluh-puluh batang dengan uwan aku. Wah..tak dapat lupa mcm mana uwan melatah-latah bila dia tengah kelam kabut buat keje gelak sakan kami semua dibuatnya. aku terlelap malam tu sampai uwan aku pun tidur kat bawah. Pagi-pagi mcm biasa kalau balik kampung belah ayah bila time mandi memang kene amik nombor sebab bila semua dah berkumpul confirm rumah dah penuh. Selepas habis sembahyang raya sesi bermaaf-maafan di antara keluarga. Macam biasa minta ampun dengan parents. Start dengan aku asyik gelak sampai kat adik aku yang laki tersedu-sedu nangis. Terbalikkan muka je ganas hati lembut adik aku tu...Lepas je sesi bertukar-tukar duit raya dan bermaaf-maafan kitorang ambil kamera terus ke depan rumah uwan aku apa lagi posing la amik gambar sakan kitorang. Memang happening gila time amik gambar. Bayangkan la gambar dari pagi sampai pergi beraya rumah org pun sempat lagi ambil gambar. Tapi bab yang paling seronok kitorang beramai-ramai jalan raya macam zaman budak-budak dulu jalan kaki je dah lama tak buat mcm tu. Tahun-tahun lepas semua nak naik kereta tahun ni semua sekali jalan kaki termasuk nenek saudara aku. Belah malamnye plak aku nak gi raya rumah kawan-kawan aku tapi satu rumah je yang aku sempat pergi sebab charger bateri kemera tertinggal kat rumah sewa aku di Putrajaya so malam tu tanpa pengetahuan ayah aku kitorang gi Putrajaya ambil charger bateri kamera tu. At last kantoi jugak mak aku pecah tembelang. So kat bawah ni beberapa keping gambar utk tatapan korang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers