Jom Klik Sekali

Wednesday, October 7, 2009

lemah...sakit...pedih..rinduuu..

Sape yg paham maksud di atas. korang mesti paham maksudnyekan. Aku tak tahu kenapa perasaan ni datang balik. aku dah cuba halang supaya aku tak mengingati 'DIA'. Kepada 'DIA' kalau baca blog aku ni. Aku tak minta kau datang kembali dalam hidup aku. Tapi aku nak kau tahu akau tersangat kecewa dan aku mengaku aku susah nak lupakan sepenuhnya. Mungkin ada perasaan benci dalam diri aku untuk kau. Tapi setelah ape yang kau buat pada aku semuanya aku balas pada orang yg tak bersalah yang telah menyayangi aku. Kau ajar aku jadi panas baran, kau ajar aku supaya tak menjaga perasaan orang lain, yang paling sedih kau membuatkan diriku menyesal sepanjang hidupku. Mungkin dulu kau tak pernah ikhlas menyayangi aku. Mungkin jugak aku tak ikhlas menyayangi kau. Tapi bila aku sedar yang aku terlalu menyayangi kau dulu semua yang pahit aku telan. Kini aku hidup atas penyesalan aku sendiri aku tak boleh salahkan kau mungkin kerana aku masih bodoh kerana aku tak punya pengalaman hidup yang banyak. Kau mungkin bahagia kini dengan pelbagai perempuan dalam hidup kau. Kau bahagia menyakitkan hati semua perempuan yang telah kau tawan. Aku akui kadang-kadang aku rindu saat-saat manis bersama kau. Kau insan pertama yang ajar aku apa itu cinta dan kau jugak insan pertama yang mengajar aku erti peritnya bila hati ini dilukai. Kepada 'DIA' belajar menghargai insan yang hadir dalam hidup kau kini. Jangan kau asyik leka dengan dunia kau. Aku kenal kau yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Aku mohon dari kau kasihanilah org yang telah banyak berkorban untuk kau. Dan aku akan terus berdoa agar aku dapat lupakan kau sepenuhnya.

3 comments:

  1. ku hidup dgn siapaaaa....
    ku tak tahu kau siapa....
    kau kekasihku tapi org lain bagiku.....
    kau dgn dirimu saja....
    kau dgn duniamu saja....
    teruskanlah, teruskanlah...
    kau begitu......

    -saye suke lagu diatas..hehe.

    dah la tu Long. Lupakan saja. ngabih an bogheh.

    ReplyDelete
  2. lagu ape tgu tak pernah dengar pun..alg luahkan supaya ati puas

    ReplyDelete
  3. lagu agnes monica. terukanlah.

    yolah2.. janji puasss!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers