Jom Klik Sekali

Friday, July 9, 2010

Permergian Uwan....

Al-fatihah....untuk arwah uwan aku yang telah pergi ke rahmahtullah 6 Julai 2010. Hanya tinggal 2 hari untuk genap 2 tahun pemergian arwah atok pada 9 Julai 2008. Tangan mereka ini juga la pernah menyuapkan aku nasi suatu ketika dulu. Alhamdulillah pemergiannya amat tenang dan kami redhai kerana arwah telah menangung sakit yang lama. Banyak tunjuak ajar sebagai orang paling tua dalam keluarga kami. Banyak juga pesanan arwah yang masih terngiang-ngiang. Bila dah besar ni aku ingat lagi arwah pernah pesan " Bilo Uwan dah tak do nanti baru ko tau berguno tak posan uwan ni". Arwah jugak banyak bagi tunjuk ajar sebagai anak melayu perlu jaga adab dan sopan sebagai org melayu apatah lagi aku adalah seorang perempuan. Cucu kesayangan uwan adalah adik aku. Sedih teringat sewaktu dikafankan adik tak boleh tahan sebak terus pengsan alhamdulillah lepas tu adik sedar balik. Ajal dan maut di tangan Allah s.w.t semoga roh uwan di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers