Jom Klik Sekali

Thursday, October 14, 2010

KAHWIN!!! teetttt...

Lalalala sudah berbulan-bulan aku tak update blog ni since uwan meninggal dunia. Bukan aku busy sangat cuma aku malas nak mengarang ayat. Anyway di samping tu sebenarnye tgh dok busy buat persiapan wedding aku hujung bulan oktober ni. Ha ramai gila kot yang terkejut "EMON nak kawin???" aku pun tak sangka aku akan berkahwin, boleh? ape- ape pun korang semua memang kene rancang betul dari segala segi dari hal kecik-kecik sampai hal besar-besar. Paling utama duit ha jangan boros macam aku pastu bajet lari poning kepalo nasib baik hero si budak kecik ada. First sekali yang kite kene buat adelah bajet. Benda ni penting sebab kita boleh tau berapa duit yang kita perlukan dan pastikan ikut lah bajet tu. List downkan semua keperluan dari minyak masak sampai lah mak andam ke pak andam, photographer, kasut, kad kahwin, homestay korang ingat senang nak kahwin susah tau. Aku sampai dah tak larat nak pikir dah. Aku paskan benda pikir ni kat mama sekarang sebab semak dah otak aku. Kad Kahwin sila pilih awal-awal ok. Aku tempah kad kahwin kat seri
sireh kad kahwin office die kat jalan pudu. Korang jangan risau nak cari kedai kad ni korang gi jalan pudu melambak kot kedai kat kahwin yang paling besar LH creative diorang kata lawa-lawa tapi aku tak sempat nak tempah kat diorang. Panduan nak merancang bajet ni semua ade dalam internet korang search je confirm keluar. Bab membeli hantaran cara aku adalah cara bijak dengan aku beli barang aku dan lelaki beli barang lelaki ha sebabnye barang hantaran lelaki lagi banyak mana aci hahahaha boleh?


Dan yang paling-paling penting persediaan dari segi mental. Korang kene fikir lepas ni kite ada tanggungjawab terhadap keluarga kita sendiri dan yang penting taat pada suami selagi tak melanggar hukum hakam dalam Islam. Ops ini nasihat kepada mereka yang beragama Islam yer!!!take note!!! Keluarga kita bertambah besar dengan adanye mak, abah, adik beradik suami kite. Owhhh sangat-sangat besar tanggungjwab itu. Begitu juga pada lelaki lagi lah besar tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan juga tugasnya adalah memimpin isteri tercinta. Kalau dulu boleh buat sesuka hati pasni kene tanya suami ha engkau tetttt!!! suami tak izin tak boleh buat. Jangan nak melenting-melenting sangatlah bila dia tak bagi tu kan pujuk je confirm dapat keizinan hahahaha...Itu lah pandangan aku ni. Anyway kawan-kawan yang bakal berkahwin macam aku selamat pengantin baru semoga korang bahagia ke anak cucu dunia dan akhirat aminnn...daaaa u alls!!!

2 comments:

  1. wah..da nk kahwin da..
    Congrate yep..
    Hope sume persiapan & persediaaan dpt diselamat di sempurnakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers