Jom Klik Sekali

Friday, August 19, 2011

Ramadhan Ini

Assalamulaikum...ha bulan puasa yang penuh barakah ni moleklah mulakan biacara dengan memberi salam ye dok...well sudah 19 ramadhan masa berlalu dengan pantas dan nak sampai malam sepuluh akhir Ramdhan gamaknye. Sudah lama x update blog sebab malas nak berceloteh panjang sangat di bulan yang mulia kang takut menimbulkan dosa. dah la aku ni banyak dosa (i mengaku ok i banyak dosa sbb acik bkn insan sempurna). Lagi pun little bit busy ke sana ke mari. Menjadi acik menjadi suri rumah sepenuh masa pada awal ramdahan je dengan memasak lauk kegemaran incek suami. Satu-satunye lauk kegemaran dari negeri sembilan incek suami "Rendang Noghori" tak kira ayam atau daging. Memang x ingat acik kat sebelah bila makan.




Tapi first Ramadhan my younger sista admitted wad kat kampung haiyo nasib baik acik ni cuti. Tapi still mama yang jaga dia malam-malam kat wad Petaling Jelebu tu. Tiap-tiap tahun si demok ni masuk wad tak pun mesti ada je sakit yang datang. Tak pe dik dugaan Allah tu. Well tahun ni acik x ulang alik seremban-putrajaya-seremban disebabkan malas nak drive macam tahun lepas. So buat pertama kalinye tiap-tiap ari acik memasak kat rumah hehehe and housemate semua suka masakan acik..maklumlah acik orang kampung so lauk pun lauk kampung je lah. Lagi pun mana tidak tumpahnye kuah kalau tidak ke nasi ye dak? Nasiblah mewarisi kepandaian memasak dari uwan dan mama boleh jugak bagi incek suami makan ye tak. Nak memenangi hati suami mulakan dengan masakan dari air tangan sendiri ye kawan-kawan.

Memandangkan sekarang ni dah masuk 10 malam terakhir saya "Farah Diyana Rohizan" menyeru anda semua marilah kita perbanyakkan ibadat untuk merebut satu malam yang lebih besar nikmatnye dari 1000 malam.(betulkan saya kalau salah) Kita tidakkan tahu bila malam Lailatulqadar jadi kalau 10 malam akhir ni hari-hari teruskan solat sunat terawikh insyaAllah kita memperolehinya. "bukan berkhutbah cuma betulkan diri jua" Paling tidak kita berzikirlah pada setiap malam tu. Tapi bak kata ustaz Hassan Din kalau nak dapat malam yang penuh barakah tu janganlah tak buat 20 malam pertama ye. Owhh nak buat kuih raya? Nak shopping Raya? buatlah disiang hari ni cadangan dari acik. Kesedaran yang ada pada acik ni nak jugaklah acik kongsi bersama anda dan semoga kita sama-sama mendapat syafaat. bak kata Prof. Izzi " Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal".

2 comments:

  1. I like u masak! I like u celoteh! I like like like! hehe.

    ReplyDelete
  2. peminat setia ni bai hahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers