Jom Klik Sekali

Monday, September 19, 2011

Pratonton Filem LIBAS

Seperti yang acik bagitau sebelum ni acik dapat free ticket from k.Red untuk pratonton filem ni di Wangsa Walk. Blogger lain semua dah updates pasal filem ni acik yo baru terhegeh-hegeh nak update.


Sedikit sinopsis filem ni.
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.(kredit to
andyhowtt.com acik copy ye)

ni review acik lak:
Pada awal tayangan memang kelakar tak hengat acik dengan cousin golak sampai ghaso nak berguling-guling kek tangga panggung tu. Tapi ado sedikit kebosanan semasa perlawanan sepak takraw sampai ke ending. Yang best kami satu Hall menjerit and tepuk tangan bila Malaysia akhirnya menang lawan Thailand. Macam tengok live pulak gamaknye! Apo yang tak best? yang tak best acik tak bawak kamera dan tension gila tanpa diduga acik satu lift dengan Johan Raja Lawak lagi tension bila Si Johan menjerit-jerit panggil Shuib Raja Lawak kat sebelah acik dan acik hanya boleh pandang dengan pandangan BODOH je. Ko gila acik tak tension! memang dah lama acik nak jumpe si JOHAN bila jumpa depan mata acik dapat angin yo. Tulah yolah kekecewaan acik!sekian terimo kasih bolehlah ponoh an wayang nengok filem ni 29 SEPTEMBER 2011 and chill ok!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers