Jom Klik Sekali

Wednesday, October 17, 2012

Oh Kakiku Yang Sangat Berjasa

Assalamualaikum/Hello
Memula acik nak habaq kat hangpa semua sila sayangi kaki anda dan badan anda.  Acik masih mudo ok tapi sekarang acik rasa badan acik ni dah samo umur dengan uwan acik kat Kg Ulu Jelebu tu. Kebelakangan ni tumit kaki acik semakin teruk sakit eh. Kadang-kadang nak menangis raso eh bilo nak berjalan sangat sakit dan kadang-kadang raso nyilu ataupun bahaso ibunda incek husband acik SENGA... mung paham dop? dop paham gi tanya saing (kawan) memasing yo! so hasil daripada sharing kat fesbuk ada kawan acik koba ia berkaitan dengan rahim kita begitu jugak omak acik. Salah seorang kawan acik sharing pasal bondo ni ponah keluar metro. masalah ini mungkin berkaitan dengan plantar  fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.


Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama. Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita. Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi. Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.
Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari. Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit. Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit. Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.

•Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

•Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

•Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

•Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.

•Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

•Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

•Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

so berkemungkinan berat badan dan senaman menjadi punca kaki mula sakit. sekarang memang dah lama acik tak poei gym sobab bilo naik treadmill kaki acik akan sakit bilo abis je buat eksais ni. dan nampak eh hobi melawat shopping complex yg godang-godang kat KL ni akan acik hentikan buat sementara waktu. oh no tak lamo lagi YES!!! sebelum acik nak abis membebel sila jaga kesihatan semua jangan abaikan kesihatan kita. dan jika di beri ujian dari segi kesihatan hangpa semua jangan mengeluh ingat Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan mengikut kemampuan mereka. jadi acik redha yolah di samping sedang berusaha mengembalikan keremajaan kaki acik. chill yaw

posanan ponting : selepas keguguran sila berpantang macam lopeh bersalin. kerana kemungkinan itu juga boleh jadi punca kesakitan yg acik sodang alami skang ni!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers