Jom Klik Sekali

Wednesday, January 7, 2015

Pray For Pantai Timur

Hola!

#prayforpantaitimur sangat melambak di media sosial baru-baru ni. acik sangat terharu kejadian tersebut menimpa negara kita. Apatah lagi kejadian tersebut menimpa beberapa orang pegawai di pejabat acik. Rumah boss acik di tenggelami air yang nampak hanya bumbung dan tak sempat untuk menyelamatkan harta benda. Khabarnya tinggal sehelai sepinggang. Baju-baju pun tak sempat boss acik nak ambil. Seorang lagi pegawai terpisah dengan suami yang berada di Kuala Krai. U ols pun tahukan Kuala Krai adalah yang paling teruk dinaiki air. Pegawai acik pergi ke Kuala Krai untuk ambil anak dan suaminya selepas beberapa hari di pusat pemindahan. Menurut cerita  anak die sudah beberapa hari tak makan. Sampai kat rumah yang pegawai tersebut menumpang sementara menunggu air surut di Kota Bharu anaknya makan lahap giler dan dia ceritakan juga macam mana suaminya berkejaran semasa bantuan sampai di pusat pemindahan untuk mendapatkan makanan demi anak-anaknya dengar cerita pun dah sedih kalau yang mengalami pulak macam manakan. Acik memang tak abis-abis mohon keluarga acik doakan untuk kami di pantai timur ni supaya banjir cepat surut. Rumah acik air naik sikit je itu pun kat luar rumah. Alhamdulillah air naik x sampai ke dalam rumah, Tapi demi langkah berjaga-jaga acik menumpang jugak di rumah mertua beberapa hari.Tq umi and abah :)
    Acik paham perasaan parents acik yang sangat risau keadaan anak acik yg masih kecil minta untuk acik balik ke Negeri Sembilan. Tetapi acik lebih bimbangkan keadaan dalam perjalanan balik kerana beberapa jalan di Terengganu juga di naiki air. Alhamdulillah dengan berkat doa semua dan solat hajat banjir sekarang dah surut dan kerja-kerja pembersihan pulak menjadi beban mangsa banjirkan. Kita doakan semoga kejadian seperti ini tak berulang lagi. Mak ai serius lak entry acik kali ni an. Oklah jumpa lagi bila acik dah rajin. 
Rumah sewa acik yang berwarna hijau rumah warna pink dah selamat naik air.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers