Jom Klik Sekali

Wednesday, May 4, 2016

Bila Jadi Anak Perantauan

My New Love
Tergerak hati ini untuk singgah ke blog yang daif dan usang ini. Rasanya kerana faktor usia atau mungkin darah panas sudah makin sejuk dek usia yang semakin meningkat ini membuatkan hati acik sudah semakin fokus kepada kehidupan seharian dan tidak lagi memberontak seperti dulu. Kalau dulu sering semuanya acik nak cerita diblog ini tapi kini masa semakin mencemburui dengan mengejar hantar anak sebelum pergi kerja dan berkejar pula jemput anak bila nak balik kerja. Adakala rindu kehidupan darah panas yang aktif. Sedarkan diri ini isteri kepada jejaka kelahiran Terengganu ini membuatkan agak kurang untuk menceritakan perihal hidup. Sejujurnya merindui zaman hidup di kota penuh dengan lakonan kehidupan. Seringkali juga menjadi topik perbualan dengan suami bahawa jiwa ini masih di sana walau jasad di sini. Tetapi hati dan kasih sayang buat suami dan anak acik korbankan jua jiwa meronta itu dan menerima keadaan sekeliling. Ya seperti kata mama walau lubuk manapun acik di campak pasti acik boleh membawa diri. Semoga keluarga kecil ini teris dirahmatiNya. Akhir kalam anak kecilku makin membesar sudah menghampiri 2 tahun pantas masa berlalu semoga dapat acik didik menjadi anak solehah. Next time mengarang lagi :) 
xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers