Jom Klik Sekali

Tuesday, May 10, 2016

Nasi Arab Murah di Kuala Terengganu



Menarik tak nampak Nasi Arab yang acik share ni. Secara seriusnya ini adalah kali kedua acik makan Nasi Arab kat Kuala Terengganu ni nampak tak bukan selalu sangat makan nasi arab. First  time makan boss lama belanja time acik pregnant dan yang ni  acik makan bersama boss baru and officemate sempena salah seorang staff kami yang berpencen. Yang special second time ni Kedai Nasi Arab ni tukang masak and tukang buat air originaly from Yaman. 
   Apa yang best? So ada macam-macam menu kat kedai makan ini and of course Nasi Arab adalah menu utama. Acik tertarik juga dengan kebab ayam nak order tapi orang Yaman tu cakap ambil masa nak masak and masa tu lunch hour jadi tak bolehlah nak tunggu lama-lama. Siapa kata orang kerja gomen suka ambil masa rehat lama-lama hehehe.. And diorang ni dah boleh cakap melayu so jangan risau untuk berkomunikasi. Okey yang lebih menarik harga nasi arab ni tak delah mahal sangat macam korang makan kat Restoran Saba kat Cyberjaya. Boss acik cakap makan 11 orang dengan memasing mintak air buah total RM143++. Murahkan??? 
   Korang mesti tertanya kat mana lokasinyakan. Kalau korang bukan orang Kuala Terengganu agak susah juga nak bagi direction ke kedai Nasi Arab ni. Kedai ni berdekatan dengan Pasar Manir. Kalau dari jambatan Pulau Rusa-Manir dari arah Kuala Terengganu sampai dekat trafic light manir belok ke kiri and then jalan terus sampai nampak  simpang pasar manir yang menghala ke Kedai Kasut You belah kanan jalan depan sikit lagi ada selekoh tajam menghala ke Teluk Menara, Manir kedai Nasi Arab ni betul-betul berhampiran selekoh tu. Korang akan nampak banner macam dalam gambar kat bawah. Nasi die sangat lembut and pes tomato (ke apa ke nama sambal arab diorang tu) diorang dah melayukan sikit dengan ada rasa pedas-pedas sikit so bagi acik memang sedap thumb up!! Selamat mencuba ok !!

Kedainya sempoi korang jangan berangan duduk ala-ala arab plak tau !!


xoxo

2 comments:

  1. Weh, den ni. den buleh bukak blogspot kek opis.
    Den sarankan ko tukar font ni. Susah den nak maco. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers