Jom Klik Sekali

Sunday, May 8, 2016

Happy Mother's Day Mama

Ibunda Tercinta.

    Selamat Hari Ibu buat semua ibu di Malaysia tak kira macam mana keadaan anda pun. Semoga semua ibu-ibu menjadi ibu yang sentiasa dirahmati Allah. Acik juga sudah masuk 2 tahun bergelar Mama. Bila anak semakin membesar dengan bermacam karenah teringat acik pada mama semasa acik kecil dulu. Acik ni di antara anak yang agak keras kepala. Kalau dah kata nak buat A tetap nak buat A. Sedangkan orang tua lebih tahu mana yang sesuai. Teringat masa usia acik sekitar 12 tahun ke 13 Tahun. Ketika di pagi raya. Masa tu popular sangat baju kurung kedah. Acik ingat lagi baju tu mama dan ayah shopping di KAMDAR Kuala Lumpur. Semasa shopping baju tersebut tidaklah kami membeli tudung sekali. Nak di jadikan cerita mama dah belikan acik dua helai tudung turkey.Oh ye sebelum terlupa baju raya acik masa tu warna hitam putih. Zaman tu dulu mana ada sangat nak buat baju tema warna apa. Okey kembali ke kisah tudung tadi. Mama belikan tudung turkey satu border biru and bunga-bunga bercorak warna merah. Satu lagi tudung berwarna hitam putih. Tudung yang hitam putih tu memang acik tak suka pakai sebab susah gila nak bentuk. Yang sebenarnya kalau dah tak berkenan tu macam-macam alasan yang kita bagikan. Di pagi raya u ols korang bayangkan acik menangis teresak-esak sebab mama suruh pakai tudung tu matching dengan baju. Acik ni punyalah tak nak acik lipat-lipat tudung tu asyik tak jadi je dengan muka. Sampai ke sudah dekat sejam kot acik menangis teresak-esak cakap tudung tu tak sesuai. Orang patut pagi raya happy sebab nak salam mintak maaf dengan mama dengan ayah ni. Acik buat hal pagi tu. Adik-adik semua dah siap acik je tak siap-siap. At last mama acik cakap "pakai jelah tudung yang kau suka tu". Acik terus stop menangis and pakai tudung yang mama beli lagi satu tu. Kalau tengok gambar hari raya tahun tu, bapak tak senonoh combination tudung dengan baju raya acik hahahaha.
     Pengajarannya u ols, dengar cakap mak ayah kerana mak dan ayah kita memang tahu yang mana satu pilihan terbaik buat kita. Owhh itu belum lagi bab pemilihan jodoh. Kisah cinta agung acik yang tragik dulu. Nasib baik kali ni acik memang dengar cakap mama. So, andai kata nanti anak-anak acik ada yang ketegaq dalam beberapa hal acik dah tahu mana datang perangai tu. So!!! Haaa hadapkanlah nanti.
      Anyway, Mama along sayang mama hingga hujung nyawa along. Mama sentiasa ada bila along perlukan pertolongan. Mama yang memang layan kami macam kawan-kawan mama. Mama turutkan semua menu yang kami nak makan. Mama sanggup jahitkan baju kami even kami dah tua. Mungkin bagi mama sampai kini kami macam budak-budak kot sebab tu mama ikut je kehendak kami. Love u mum ketat-ketat.

xoxo  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers