Jom Klik Sekali

Wednesday, December 16, 2009

Kekeliruan dalam membuat keputusan

Salam buat pembaca blog dan blogger...post aku kali ni lebih kepada kehidupan peribadi aku.Satu masa dulu aku selalu menjadi penasihat kepada kawan-kawan aku kalau mereka ade masalah. Aku tak pernah tahu ape perasaan mereka yang aku tahu aku akan cuba beri pendapat yang terbaik utk diri kawan-kawan aku. Tapi sekarang bila masalah macam ni menimpa aku sendiri baru aku faham betapa kusutnya jiwa dan hati kita. aku sendiri tak jangka aku akan ade masalah yang di panggil "CINTA TIGA SEGI" lawak kot bagi korang yang baca entry aku kali ni. Mudah je kot korang cakap pilih salah sorang. Tapi ape korang rasa bila korang menyanyangi dua orang dalam satu masa perit, pedih, sakitnya hati korang untuk lepaskan salah seorang. Dan bila kita dah buat pilihan kadang-kadang kita rasa adakah betul itu pilihan kita? kerana kita telah membuat keputusan yang terburu-buru tanpa memikirkan masa depan kita. Aku terlalu keliru sampai aku rasa tak mampu lagi nakhadapi semua ni. Nasib aku aku keluarga, kawan-kawan yang memberi semangat dan nasihat. Dalam hal ini kita kene 'back to basic' solat, doa, tawakal adalah cara yang betul. Mohon pada Allah supaya beri kita petunjuk yang sebenarnya. Bukan kita buat keputusan kerana kita tidak sayang salah seorang tapi mungkin jodoh kita tak panjang. Ingatlah Allah dah jadikan setiap manusia ini ada pasangannya jadi kita sekadar membuat pilihan dan berusaha memilih yang terbaik. Kalau kita ada jodoh takkan ke mana. Dan jika kita tak ada jodoh macam mana kita menyayangi antara satu sama lain tapi dia bukanlah jodoh kita akhirnya kita takkan bersama pun. Aku mohon maaf di sini kepada 'DIA" kerana aku telah menyakitkan hati 'DIA" tapi percayalah aku bukan niat untuk permainkan hati dan perasaan 'DIA'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

followers